Posted by: vister | August 11, 2009

Bahan PP(BBM3411)

Hi, Semua Pelajar BABM Semester 7,

Bahan ini untuk membantu pelajar mengulangkaji tajuk yang penting bagi menghadapi  BBM3411 PP semester ini. Jangan lupa baca modul.

BBM 3411  KETERAMPILAN BERBAHASA

1. Maksud  trampil?

  • cekap (dlm melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masalah, dsb), mampu dan cekatan. Keupayaan seseorang pengguna bahasa menggunakan bahas dengan cekap dan berkesan.

2. Bentuk keterampilan berbahasa?

  • Terampil ,Cekap,Mampu melakukan sesuatu dengan baik dan cermat, Mahir berbahasa, Lisan, Tulisan,

3. Untuk apa keterampilan bahasa?

  • Berkomunikasi, Menerang, Memberitahu, Memujuk, Meyakinkan, Mempengaruhi,Bercerita

4. Maksud pemerolehan bahasa?

  • Proses yang berlaku dalam otak ketika memperoleh bahasa ibunda
  • Mulai peringkat bayi melalui perlakuan dan kecekapan pancaindera; dengar dan tutur

5. Apakah 4 peringkat pemerolehan bahasa?

–        Fonologi

  • Bunyi-bunyi rambang (membabel)
  • Fonem-fonem kasar (fitur ketara)
  • Fonem-fonem halus (fitur tak ketara)

–        Semantik

  • Morfem bebas (kata-kata)
  • Kata konkrit dan kata abstrak
  • Morfem terikat
  • Cuba jaya

–        Sintaksis

-   Gabungan kata

–        Penafian, pertanyaan

–        Ayat pelbagai ragam

–        Wacana

–        Gabungan idea

–        Kefahaman ekstrinsik

–        Kefahaman intrinsik

–        Penguasaan gaya bahasa

–        Kefahaman laras bahasa

6. Nyatakan 2 teori pemerolehan bahasa dan huraikan dengan ringkas

2 teori tersebut?

Teori Behavioris

–        Pemerolehan sesuatu perlakuan melalui proses perulangan

–        Kemahiran berbahasa sama dengan kemahiran fizikal yang lain

J.B. Watson

–        kajian lakuan sedar dan lakuan bawah sedar

–        Bahasa mesti bersifat objektif

E.R. Guthrie

–        Kajian lakuan rangsangan dan tindak balas

–        Perulangan situasi menghasilkan perulangan bahasa

B.F. Skinner

–        Konsep pengukuhan dalam perlakuan rangsangan dan tindak balas

–        Lakuan automatis

  • Berlaku jika ada rangsangan

–        Lakuan operan

  • Berlaku dalam lingkungan/keadaan
  • Pembelajaran berlaku setelah beberapa perulangan

Teori Biologis

  • Potensi dan fungsi otak dalam pemerolehan bahasa
  • Otak mempunyai saraf; mampu menerima, memproses dan menghasilkan bahasa

–        N. Chomsky

  • Jentera penguasaan bahasa
  • Upaya semulajadi merumus dan membentuk hukum nahu

–        E.H. Lenneberg

  • Semua kanak-kanak sihat/normal mulai bertutur pada tahap usia yang sama
  • Tidak terikat dengan persekitaran dan pengalaman perlakuan bahasa

–        J. Piaget

  • Kelahiran – 2 tahun
    • Kebijaksanaan sensori motor
    • 2 – 7 tahun
      • Praolahan
      • 7 – 12 tahun
        • Olahan konkrit
        • 12 – dewasa

7. Apakah 2 sudut penelitian pemerolehan bahasa?

  • Behavioris/empiris

–        Perlakuan berulang-ulang

–        Stimulus dan respons

–        Gerak fizikal

  • Biologis/mentalis

–        Kebolehan sedia ada

–        Naluri

–        Artikulator

8. Nyatakan 6 peringkat pemerolehan bahasa?

Membabel, mengagah

–        Bunyi tanpa makna

–        Sama bagi semua bayi

  • Holofrasa

–        Ujaran kata-kata tidak lengkap

  • Ucapan dua kata

–        Menggabung dua morfem

  • Permulaan tatabahasa

–        Pengenalan elemen tatabahasa

  • Tatabahasa dewasa

–        Ayat-ayat kompleks

  • Kecekapan penuh

–        Menerbit dan memahami elemen sintaksis yang lebih kompleks

9. Bila peringkat holofrasa bermula?

  • 1th-mulai berjalan apabila tangan dipegang, dapat berdiri

10. Apakah faktor persekitaran yang mempengaruhi pemerolehan bahasa?

Kedudukan sosioekonomi

–        Taraf pendidikan, jenis kediaman, jenis permainan

  • Perhubungan dalam keluarga

–        Sistem panggilan, saiz keluarga, hubungan

  • Kehidupan rumah tangga

–        Jenis bahasa, jenis ujaran, gaya bahasa

  • Kawasan tempat tinggal

–        Bandar, pinggir bandar, kampung, setinggan

  • Rakan sebaya

–        Jiran, sekolah

  • Media massa

–        Elektronik, cetak

  • Pendedahan dan rangsangan

–        Potensi bahasa digilap secara formal

11. Maksud komunikasi?

Proses menyampai dan menerima maklumat antara dua pihak

  • Menggunakan bahasa sebagai medium

–        Bahasa

–        Nonbahasa

  • Membentuk idea

–        Proses dalam minda

–        Dipengaruhi rangsangan luaran dan dalaman

–        Mencerminkan nilai dan daya trampil

12. Memahami mesej memerlukan kemahiran apa?

  • Mengubah idea kepada simbol

–        Memilih wahana penyampai; bahasa, simbol, rajah

  • Menghantar mesej

–        Memilih saluran, latar

  • Menerima mesej

–        Menggunakan deria dengar, lihat

  • Memahami mesej

–        Menggunakan kemahiran mentafsir

  • Mengambil tindakan

–        Tindak balas sewajarnya

  • Mengubah idea kepada simbol

–        Memilih wahana penyampai; bahasa, simbol, rajah

  • Menghantar mesej

–        Memilih saluran, latar

  • Menerima mesej

–        Menggunakan deria dengar, lihat

  • Memahami mesej

–        Menggunakan kemahiran mentafsir

  • Mengambil tindakan

–        Tindak balas sewajarnya

13. Apakah bentuk komunikasi yang ada?

  • Lisan

–        Perbualan tidak dirancang

–        Perbualan dirancang secara tidak formal

–        Perbualan melalui telefon

–        Mesyuarat, pengajaran, temu duga, pengucapan awam

  • Komunikasi visual

–        Grafik; foto, sketsa, lukisan

–        Animasi; televisyen, video

  • Komunikasi isyarat

–        Gestur; mimik muka

–        Postur; gerak tubuh

–        Bahasa isyarat

  • Komunikasi bertulis

–        Memo

–        Surat pekeliling

–        Notis

–        Laporan

14. Nyatakan 9 kredibiliti komunikator?

  • Kebolehpercayaan

–        Berupaya meningkatkan keyakinan khalayak terhadap isu

  • Kepakaran

–        Tahu apa yang diperkatakan berbanding khalayak

  • Dinamik

–        Bertenaga, aktif, berminat, menghayati

  • Tetap pendirian

–        istiqamah

  • Mesra

–        Bersikap positif, senyum, lemah lembut, tidak sombong, berbudi bahasa

  • Jujur

–        Bercakap benar, tidak prejudis

  • Ikhlas

–        Telus dan tulus, setimpal dengan imbuhan

  • Empati dan sensitiviti

–        Ambil kira keselesaan dan kebajikan khalayak

  • Personaliti

–        Daya tarikan – ketrampilan dan penampilan

15. Apakah halangan-halangan yang dilalui semasa berkomunikasi?

Tiada maklum balas

–        Komunikasi satu hala

–        Gangguan saraf / deria penerima

  • Salah faham / prasangka

–        Kesilapan memilih saluran

–        Penyampaian melalui saluran kedua

  • Masalah semantik

–        Kesilapan mentafsir kod

–        Kekeliruan bahasa

  • Keadaan persekitaran

–        Latar komunikasi

  • Sikap peribadi yang negatif

–        Berkaitan nilai diri seseorang; taksub, negatif, berat mulut

  • Tidak faham budaya orang lain

–        Lain padang lain belalang

–        Rambut sama hitam, hati lain-lain

  • Perbezaan status

–        Ilmu, ekonomi, sosial

16. Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran mendengar?

  • Kemahiran berbahasa paling asas
  • Proses terawal sebelum komunikasi berlaku

17. Apakah proses-proses yang terlibat dalam proses mendengar?

Receiving

    • Mendengar deretan bunyi bahasa
    • Attending
      • Membuka minda untuk menerima kod
    • Understanding
      • Menggerakkan proses mental untuk membuat tafsiran
      • Menyusun kata, ayat dan wacana
    • Responding
      • Memberi maklum balas
      • Menyerlahkan daya trampil dan nilai
    • Remembering
      • Merakam dalam minda segala proses dan kesan komunikasi yang berlaku

18. Huraikan 3 peringkat proses mendengar?

Peringkat awal

–        Mengecam, mengajuk, memilih bunyi

–        Mendengar, mengecam makna perkataan

–        Melakukan sesuatu yang disuruh

–        Bertindak terhadap soalan-soalan mudah

  • Peringkat pertengahan

–        Mengecam dan mengingat fakta secara tepat

–        Mengenal informasi spesifik

–        Mengenal hubungan orang yang berinteraksi

–        Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap

  • Peringkat maju

–        Mengenal isi penting

–        Mengenal peranan dan hubungan orang yang bercakap

–        Mentafsir

–        Mengikut aliran dalam perbualan

–        Mengenal fungsi intonasi, tekanan

–        Mentafsir tujuan penutur

19. Nyatakan 5 jenis mendengar?

  • Informative listening

–        Mendengar untuk memahami maklumat

–        Bergantung kepada tiga variabel

  • Penguasaan kosa kata
  • Konsentrasi
  • Daya ingatan
  • Relationship listening

–        Mendengar untuk menjalin hubungan

–        Melayan penutur

–        Memberi sokongan; tidak mengganggu

–        Empati; merasai/menghayati pertuturan orang lain

Appreciative listening

–        Mendengar untuk kepuasan diri

–        Corak persembahan

–        Persepsi

–        Pengalaman lalu

  • Critical listening

–        Mendengar secara kritis

–        Komunikasi rasmi

–        Bergantung kepada 3 syarat (Aristotle~ The Rhetoric);

  • Ethos

–        Kredibiliti pemidato; kepakaran, kebolehpercayaan

  • Logos

–        Hujah berasaskan logik

  • Pathos

–        Ketrampilan psikologikal; cara menagih perhatian

  • Discriminative listening

–        Mendengar dan mendiskriminasi

–        Kemampuan mendengar

–        Kesedaran struktur bunyi

–        Intergrasi tanda nonverbal

20. Bagaimana hendak menghasilkan pendengaran berkesan?

Understand the complexities of listening

–        Perlukan respons yang aktif

–        Bukan sahaja tertumpu kepada bunyi bahasa tetapi juga nonbahasa

  • Prepare to listen

–        Mendengar untuk jangka masa yang berbeza

–        Kuasai kosa kata

  • Sesuaikan diri dengan situasi

–        Tiada situasi mendengar yang serupa

  • Tumpu kepada idea utama

–        Jangan terpengaruh dengan lelucon

  • Capitalized on the speed differential

–        Latih untuk tingkat konsentrasi

–        Hindari gangguan kosa kata tak relevan

  • Organize material for learning

–        Sediakan nota supaya mampu memberi respons yang spontan

21. Bagaimana untuk meningkat kemahiran mendengar?

  • Establish eye contact with the speaker

–        Gerak mata boleh memberi tafsiran tersirat berbanding yang tersurat

  • Take notes effectively

–        Catat kata kunci

–        Peta minda

  • Be a physically involved listener

–        Gerak badan

–        Gerak mata

  • Hindari tingkah laku negatif

–        Hormati orang yang bercakap

–        Melihat jam, mengetuk pensil, baca surat khabar

  • Exersice your listening muscles

–        Konsentrasi semasa mendengar

–        Biasakan mendengar penyampaian yang serius

  • Follow the golden rule

–        Mendengar seperti mana anda mahu orang lain mendengar anda

22. Huraikan dengan ringkas maksud bertutur?

Melafazkan gabungan bunyi menggunakan alat artikulasi

  • Proses memproduksi bunyi setelah menerima dan memahami input
  • Kemahiran dikuasai melalui pengalaman mendengar dan meniru; jarang dihasilkan secara semula jadi
  • Dipengaruhi oleh
    • Ciri fizikal; alat artikulasi dan pendengaran
    • Ciri mental; kemahiran memahami, menginterpretasi
    • Ciri emosi; gemuruh, kontak mata, tidak cukup maklumat dan persediaan
    • Memberi respons dan menyampaikan maklumat dengan berkesan

23. Apakah aspek-aspek yang penting dalam bertutur?

  • Sebutan-mengenal nilai bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat
  • Tekanan-Melantang sebutan pada bahagian suku kata perkataan, perkataan tertentu dalam ayat, ayat tertentu dalam wacana
  • Mora-Harakat; panjang pendek sebutan perkataan yang membezakan makna
  • Jeda-Persendian; berhenti sebentar antara perkataan, frasa, klausa dan ayat
  • Intonasi-Keadaan menaik-menurun apabila melafazkan ayat
  • Nada-Menaik-menurun pada suku kata; lapan tangga sofa; khusus dalam lafazan lirik lagu atau puisi
  • Tatabahasa-Sistem yang digunakan untuk menggabungkan huruf dan perkataan untuk menjadi ayat; fonologi, morfologi dan sintaksis
  • Kelancaran-Lafazan perkataan dan ayat secara kemas dan teratur
  • Kefasihan-Ketepatan sebutan
  • Laras bahasa-Penggunaan bahasa mengikut konteks

24. Apakah jenis bertutur?

  • Monolog-Dalaman; tutur dan dengar sendiri, Luaran; tutur dan @ tanpa pendengar
  • Dialog-Membabitkan dua pihak
  • Berbual
  • Bersembang
  • Berpidato-Mengajar, berceramah, bersyarah, berucap, mengacara, berbahas, memberi taklimat, temu duga / temu bual, bercerita

25. Huraikan  peringkat bertutur?

  • Awal

–        Mengajuk

–        Menyoal soalan mudah

–        Menjawab soalan mudah

–        Bertegur sapa

  • Pertengahan

–        Mendeskripsi gambar

–        Mendeskripsi pengalaman

–        Bercerita

–        Memberi ucapan pendek

–        Perbualan mudah

–        Memberi arahan

Maju

–        Mendeskripsi hal abstrak

–        Bersyarah, berbahas, berbincang

–        Memberi penerangan

–        Mengkritik

–        Mendeklamasi puisi

26. Apakah pra syarat pertuturan?

Kawalan intro – Langkah pertama

–        Tatacara “menyampuk”

  • Alu-aluan
  • Minta laluan
  • Memastikan isu
  • Mengemukakan pandangan
  • Kawalan postur

–        Tatacara memasuki majlis

  • Kawalan gestur

–        Mimik, memek, gerakan mata, gerakan mulut, gerakan hidung

27. Senaraikan tatacara pertuturan yang dipelajari?

  • Dalam perbualan

–        Tahu apa yang dibualkan

–        Kenal siapa pelaku

–        Berhemah; kata-kata yang baik, sistem panggilan yang sesuai, nada sederhana

  • Dalam perbincangan

–        Tahu yang sedang dibincangkan

–        Siapa peserta

–        Latar perbincangan

–        Elakkan emosional

–        Berhemah; diksi yang sesuai, ikut giliran, nada sederhana

  • Dalam pengucapan awam

–        Tahu tajuk dan fakta

–        Kenali khalayak; kata sapaan

–        Jangka masa

–        Suasana/mood

–        Penggunaan alat bantu; nota, pembesar suara, slaid & LCD, papan putih

28. Berikan 5 daripada 10 prinsip mengatasi masalah ketidakyakinan bertutur

dalam khalayak?

  • Speaking in public is not inherently stressful

  • You don’t have to be brilliant or perfect to succeed

  • All you need is two or three main points

  • You also need a purpose that is right for the task

  • The best way to succeed is not to consider yourself a public speaker

  • Humility and humor can go a long way

  • When you speak in public, nothing bad can ever happen

  • You don’t have to control the behaviour of your audience

  • The more you prepare, the worse you will do

  • Your audience truly wants you to succeed

29.Apakah itu……

(a) dialek -Kelainan bahasa berasaskan geografi, temporal, sosial

–        Kosa kata, tatabahasa, ungkapan

(b) idiolek -    Bahasa + Individu = Gaya Bahasa

–        Perbandingan, Pertentangan, Pertautan, Perulangan

(c) sosiolek-   Bahasa + Kelas Sosial = Neka Bahasa

–        Bahasa halus, bahasa kasar, bahasa kesat, bahasa istana

(d) wacana-   Bahasa + Tajuk = Laras Bahasa

–        Laras Sains, Laras Ekonomi, Laras Kreatif, Laras Iklan

30.Definisikan  perkataan yang berikut:

(1) kolokial-Basahan

–        Tak rasmi

–        Dialek, singkatan, penukaran kod, pasar

(2) slanga- Kosa kata popular semasa

–        Kumpulan sosial & profesional

–        Tidak difahami di luar lingkungan

(3) Laras  bahasa-Kelainan bahasa berasaskan bidang/topik/wacana

–        Bentuk pertuturan, cara pertuturan

(4) Gaya bahasa-Kelainan bahasa berasaskan individu @ kumpulan

–        Untuk menghasilkan impak emosi kepada khalayak

–        Boleh juga dalam tulisan

——————— TAMAT——————

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: