Posted by: vister | October 24, 2009

Bahan P Akhir (BBM3205)

Semua Pelajar BABM Sem 7.

Sila gunakan nota di bawah sebagai bahan ulangkaji bagi menghadapi peperiksaan akhir.

Bistar

ISI KULIAH (bersemuka 2)

1.          Psikolinguistik terbina daripada dua disiplin ilmu, iaitu psikologi dan linguistik.

2.         ‘psiko’ bermaksud jiwa

3.         Makna kata ‘psikolinguistik’ ialah jiwa linguistik

4.         Linguistik dalam psikolinguistik

5.         Definisi psikolinguistik

6.         Waktu sejarah awal psikolinguistik

7.         Buku yang menerangkan bahawa aspek tatabahasa mengandungi nilai psikologi

8.         Naskhah yang diiktiraf surat beranak psikolinguistik

9.         Manusia yang mengesahkan ilmu psikolinguistik

10.       Tahun 1982 ilmu psikolinguistik diperkenal di Malaysia

11.       Faktor psikologi yang mempengaruhi pembelajaran B2 kanak-kanak dan orang asa -9

Faktor Psikologi

Kump        Induksi      Eksplikasi        Daya Ingatan           Kemahiran Motor

5-6 th         Tinggi        Rendah             Tinggi                                 Tinggi

7-12 th      Tinggi         Sederhana       Sederhana/Tinggi          Sederhana/Tinggi

12 th >      Tinggi          Tinggi               Rendah                              Rendah

12.       Penghafalan rote pelajar B2 yang berumur antara 20-25 tahun menurun 15 %.

13.       Kemerosotan daya ingatan ada kaitan dengan penurunan sel korteks manusia yang  mengandungi neuron

14.       Pembelajaran B2 dengan cara semua jadi berlaku ke atas pelajar dewasa jika ada     love and money/minat dan keupayaan

15.       Perintis teori monitor untuk pembelajaran B2

16.       Faktor dalaman yang beroperasi secara sedar dalam minda manusia semasa      mempelajari B2

17.       Organizer mengatur bahasa dalam minda manusia dengan formula i + 1 (i=imput)/imput= bahasa

18.       Input + 3 dalam pembelajaran B2:       I happy                    I am happy            I am so happy      I am so very happy

19.       Cara filter afektif beroperasi

20.       Ciri komunikasi haiwan -3

21.       Bentuk penyampaian makna – 6

22.       Sistem bahasa Antara Selinker (1969) -6

Sejarah Perkembangan Psikolinguistik

Istilah ‘psikolinguistik’ mula-mula digunakan oleh Jacob Robert Kantor pada tahun 1936 dalam buku yang berjudul, An Objective Psychology of Grammar. Namun, istilah tersebut benar-benar digunakan di sekitar tahun 1950-an. Umpamanya, pada tahun 1951, satu seminar telah diadakan di Universiti Cornell. Dalam seminar tersebut, beberapa orang pakar psikologi dan linguistik sama-sama mengkaji dan cuba mengenal pasti hubungan antara ilmu psikologi dan linguistik.

Pada tahun 1952, Majlis Penyelidikan Sain Sosial Amerika Syarikat telah menemukan tiga orang linguis dan tiga orang psikolog dalam satu konferen. Dalam konferen tersebut telah dibincangkan kemunculan suatu bidang ilmu pengetahuan yang baru, iaitu psikolinguistik. Bidang ilmu pengetahuan yang baharu itu menggabungkan dua disiplin dengan cara yang tertentu. Lanjutan, daripada usaha itu, John Carroll, Osgood, dan Thomas Sebeok beserta tiga orang penyelidik dan lima orang pelajar, bertemu lagi dalam satu seminar pada tahun 1953 di Universiti Indiana. Sebagai hasilnya, maka pada tahun 1954 terbitlah sebuah naskah yang bertajuk Psycholinguistik: A Survey of Theory and Research Problems yang disunting oleh Charles Osgood (psikolog) dan Thomas Sebeok(linguis) di Bloomington.

Psikolinguistik, sebagai satu istilah ilmiah, lahir sejak tahun 1954, tahun penerbitan karya bersama Charles Osgood dan Thomas Sebeok. Sejak itu, istilah psikolinguistik semakin sering dipakai, suatu petunjuk bahawa perhatian bertambah banyak terhadap cabang ilmu ini. Tujuh tahun kemudian, iaitu tahun 1961 muncullah sebuah buku hasil suntingan Sol Saporta yang bertajuk, Psycholinguistic, A Book of Reading, sebagai hasil kerjasama Majlis Penyelidikan Sain dan Sosial. Dalam buku ini dua jenis pendekatan yang berdiri sendiri telah muncul sebagai: iaitu psikologi tingkah laku dan linguistik. Linguis yang berbicara tentang bahasa dengan menggunkan istilah-istilah yang agak terserah  ingin mengetahui “Dapatkah seorang pembicara mengatakan ini?” Sedangkan psikolog, yang melihat bahasa sebagai salah satu daripada sekian banyak pola tingkah laku yang dapat dipelajari, lebih banyak mengajukan pernyataan: “Apakah faktor yang  beroperasi dalam minda pembicara, yang menyebabkan pembicara mengatakan…… pada waktu tertentu?” Dalam buku ini diterangkan makna komunikasi antara disiplin beserta bahan-bahannya. Turut dikemukakan ialah beberapa masalah yang berkaitan dengan psikolinguistik Tegasnya, buku ini merupakan suatu wadah untuk para psikolog dan linguis membuatkan hasil yang bermanfaat (Henry Guntur Tarigan, 1984).

Terdahulu telah diperkenalkan dua buah buku yang dianggap merintis hal-hal psikolinguistik. Beberapa tahun kemudian terbit uku-buku lain.:

Slama-Cazacu (1973), seorang ahli psikolinguistik terkemuka yang berbangsa Romania menganggap naskah bertajuk Psycholinguistic: A Survey of Theory and Research Problems suntingan Charles Osgood (psikolog) dan Thomas Sebeok (linguis) di Bloomington sebagai surat beranak ilmu psikolinguistik. Dengan penerbitan naskah tersebut maka psikolinguistik mula mendapat perhatian ilmuan di Amerika dan Eropah (Mangantar Simanjuntak, 1987).

Pengertian Psikolinguistik

Istilah ‘Psikolinguistik’ mula-mula digunakan kira-kira dua dekad yang lalu. Penggunaan istilah tersebut berkembang dari Barat ke Timur, bahkan beberapa tahun kebelakangan ini, psikolinguistik ditawarkan sebagai salah satu kursus di beberapa universiti di Malaysia.

Daripada latar belakang sejarah psikolinguistik, dapatlah disimpulkan bahawa ‘psikolinguistik’ bererti memasukkan ilmu linguistik ke dalam psikologi, bukan yang sebaliknya (memasukkan ilmu psikologi ke dalam linguistik). Terjadi demikian adalah sesuatu yang bertimbal balik. Bidang linguistik lebih maju dan lebih difahami oleh kebanyakan orang. Pada dasarnya, kedua-dua ilmu ini adalahberlainan. Walaupun psikologi dan linguistik boleh dikaitkan dengan pengkajian bahasa tetapi pendekatan dan tujuan kajian adalah berlainan. Jelaslah bahawa psikolinguistik menggabungkan elemen psikologi dan linguistik. Sebab itulah maka ada pendapat yang mengatakan bahawa psikolinguistik terletak bersempadan dengan psikologi dan linguistik. Hal ini bermakna, psikolinguistik mengambil sedikit elemen psikologi dan sedikit elemen linguistik. Elemen psikologi yang dipentingkan dalam psikolinguistik  ialah proses yang berlaku sewaktu manusia bertutur dan memahami pertuturan. Elemen linguistiknya pula ialah penggunaan bahasa. Sebagai rumusan, perkara yang dipelajari dalam psikolinguistik ialah proses yang mendasari kebolehan manusia bertutur dan memahami bahasa.

Kadang-kadang psikolinguistik dianggap sebagai satu kajian tentang bahasa dan minda. Tetapi yang jelas kepada kita ialah psikolinguistik menghubungkan  ilmu psikologi dengan linguistik. Bagi mereka yang bergelar psikolinguis, tujuan kajian adalah sama, iaitu  untuk mengkaji struktur dan proses yang mendasari kebolehan manusia bertutur dan memahami bahasa. Psikolinguistik bukan hanya berminat dengan interaksi bahasa sesama manusia. Bahkan mereka berusaha untuk menerobos ke dalam diri manusia dan mengkaji apa yang sedang berlaku ketika individu bertutur dan memahami bahasa.

Sekarang kita tahu bahawa psikolog dan linguis sama-sama terlibat dalam kajian tentang psikolinguistik. Kedua-duanya boleh diklasifikasikan sebangai saintis social. Pendekatan kajian yang digunakan adalah sama kerana semua saintis social bekerja dengan tatacaqra yang sama. Mereka memulakan kajian dengan membentuk hipotesis dan mengakhiri kajian dengan menguji hipotesis. Sebagai contoh, psikolinguistik mungkin membuat hipotesis bahawa pertuturan orang yang sedang menghidap penyakit system saraf akan bersepai mengikut susunan yang tertentu. Berdasarkan kepercayaan tersebut, dia menganggap bahawa binaan pertuturan yang paling baharu dipelajari oleh si pesakit adalah yang pertama lenyap dari ingatannya. Kemudian hipotesis akan diuji berdasarkan data yang dikutip daripada petuturan si pesakit. Pada ketika inilah pendekatan yang digunakan oleh psikolog dan linguis berbeza-beza. Psikolog menguji kebenaran hipotesis kajiannya bersandarkan eksperimen yang terkawal, yang dijalankan dengan berhati-hati. Sebalikya, linguis menguji hipotesis kajiannya bersandarkan senarai semakan beberapa ujaran spontan yang dituturkan oleh si pesakit.

Linguis berpendapat ketegaran situasi eksperimen kadang-kadang boleh mngabai keputusan sesuatu kajian. Tetapi ada pihak lain yang berpendapat tiada mana-mana cara yang dianggap betul dan salah jika satu pihak sanggup bekerjasama dan berminat dengan penemuan pihak yang kedua. Malah hasil kajian kedua-dua belah pihak (psikolog atau linguis) boleh menjadi satu kelebihan kerana menggunakan dua pendekatan untuk satu subjek, iaitu psikolinguistik. Tambahan pula, apabila keputusan kajian dari psikolog dan linguis berpadanan maka ini merupakan satu petanda tentang kemajuan dalam psikologuistik.

Kebanyakan buku tentang psikolinguistik ditulis oleh para psikolog. Sebilangan daripadanya mempersoalkan nama ‘psikolinguistik’. Golongan ini berpendapat sepatutnya skop psiklinguistik dihadkan kepada eksperimen secara psikologi tentang bahasa. Apakah para linguis bersetuju dengan pendapat ini?

Dalam banyak hal, psikolinguistik boleh diumpamakan seperti hydra, iaitu seekor ular yang mempunyai banyak kepala. Penulis menggunakan perumpamaan sedemikian kerana subjek yang boleh diterokai dalam psikolinguistik seperti tiada hadnya (Aitchison, 1998). Tanenhaus (1988), seorang psikologi berpendapat bahawa menulis satu pandangan yang koheren tentang psikolinguistik samalah dengan usaha mencantumkan satu muka daripada identikit polis. Anda tidak dapat menggunakan kesemua cebisan tersebut, dan tidak kira mana satu cebisan yang anda pilih, cantuman yang terhasil tidaklah nampak betul sangat. Dalam keadaan yang seperti ini, orang yang pakar dalam bidang identikit sangat diperlukan supaya hasil cantuman menggambarkan wajah orang yang dicari.

Linguistik dalam Psikolingustik

Jika kita tahu sesuatu bahasa, kita boleh bercakap dan difahami oleh orang lain yang tahu bahasa tersebut. Ini bermakna kita mempunyai kebolehan untuk menghasilkan bunyi-bunyi yang menyatakan  makna tertentu, faham atau dapat mentafsir bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh orang lain. Di sini, kita merujuk pendengaran orang yang normal manakala orang yang pekak menghasil dan memahami bahasa isyarat sama seperti orang yang boleh mendengar, menghasil dan memahami bahasa lisan.

Semua orang mengetahui satu bahsa. Kanak-kanak yang berumur lima tahun hampir mahir bercakap dan memahami percakapan seperti ibu bapa mereka.. Namun kebolehan untuk menuturkan perbualan yang paling mudah sekali pun memerlukan pengetahuan yang mendalam yang tidak disedari oleh kebanyakan penutur. Sebagai contoh, penutur bahasa Melayu boleh menghasilkan satu ayat yang mempunyai dua klausa relatif tanpa perlu mengetahui apa yang dia klausa relative.

Anak angkat saya yang dilahirkan di Sabah yang sekarang tinggal di

Selangor diberi nama Disa, nama seorang permaisuri Viking.

Sebagai perbandingan, seseorang kanak-kanak boleh berjalan tanpa memahami atau dapat menerangkan prinsip keseimbangan dan sokongan atau kawalan mekanisme neurofisiologikal yang membolehkan seseorang berjalan. Hakikat bahawa kita boleh memahami sesuatu tanpa disedari bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi bahasa. Jadi, apakah yang diketahui oleh penutur bahasa Melayu atau bahasa Inggeris atau Perancis atau Arab atau penutur yang lain? Mereka perlu ada pengetahuan tentang sistem bunyi, pengetahuan tentang makna perkataan, pengetahuan tentang kreativiti linguistik, dan pengetahuan tentang ayat dan bukan ayat.

Faktor-faktor Psikologi yang Mempengaruhi Pembelajaran B2

Pemprosesan Intelektual

Untuk mempelajari struktur dan peraturan B2, empat factor perlu dipertimbangkan, iaitu eksplikasi, induksi, daya ingatan, dan kemahiran motor.

Eksplisasi

Apabila struktur dan peraturan B2 dijelaskan kepada pelajar dengan menggunakan bahasa ibundanya, maka cara ini disebut ‘Eksplisasi’. Dengan menggunakan proses ini pelajar dijangka dapat memahami dan seterusnya menggunakan B2. Tetapi bukan semua B2 boleh dipelajari dengan cara eksplisasi kerana beberapa peraturan sintaksis sangat rumit dan abstrak untuk difaham oleh pelajar. Hanya pelajar yang mempunyai kematngan intelek yang tinggi dapat memahaminya walaupun guru memberikan penjelasan yang eksplisit. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat struktur dan peraturan B2 yang mudah, yang boleh diajar kepada orang atau kanak-kanak yang lebih dewasa dengan menggunakan cara eksplisasi. Penutur Korea yang telah dewasa, yang belajar bahasa Inggeris boleh diberitahu bahawa terdapat susunan konstituen subjek + kata kerja + objek atau bahasa Inggeris perlukan kata bilangan untuk membolehkan sesuatu penanda jamak ditambah apabila lebih cepat daripada cara induksi. Hal ini kerana cara induksi mmerlukan pendedahan yang berulangkali terhadap makna yang bersesuaian dengan perkataan, frasa, atau ayat.

Induksi

Apabila struktur dan peraturan B2 dipelajari melalui penemuan kendiri (self-discovery) , maka cara ini disebut ‘induksi’. Kanak-kanak yang terdedah kepada peraturan B2 dan ingat sesuatu yang pernah didengarnya akan dapat menganilisis serta menemui generalisasi atau peraturan asas B2. Dengan cara ini, pelajar dikehendaki memikirkan peraturan B2 berdasarkan pertuturan yang telah didengarnya, di samping cuba menerapkan peraturan itu ke dalam situasi yang lain. Dua ayat, iaitu “John danced then John sang” dan “John danced and then he sang”, dituturkan dalam situasi yang bersesuaian dengan konteks ayat. Pelajar perlu menentukan  kaitan kedua-dua ayat ini. Bagi ayat yang kedua, He menjadi pengganti untuk John. Tetapi bagi ayat pertama, He tidak dapat berfungsi kerana kata ganti diri ‘he’ mesti merujuk seseorang yang lain daripada John. Contohnya: ‘He danced then John sang’. Dengan menggunakan peraturan B2 tersebut, pelajar dapat memahami struktur B2 yang rumit, termasuk pronominalisasi (ks bersifat atau sbg kata ganti). Prominalisasi nafian, dan kata jamak biasanya dipelajari melaui induksi.

Daya Ingatan

Daya ingatan penting dalam pembelajaran. Seseorang yang mempunyai daya ingatan yang telah rosak akibat kecederaan tidak dapat belajar bahasa ibundanya dengan sempurna, apatah lagi B2. Belajar perkataan yang paling asas sekali pun memerlukan daya ingatan. Kanak-kanak yang belajar perkataan ‘kucing’ misalnya mestilah dapat mengekalkan hubungan waktu dia mendengar perkataan ‘kucing’ dengan pengalamannya melihat atau menyentuh binatang itu. Peristiwa seperti itu perlu dialami oleh kanak-kanak supaya dapat menjadi sebahagian daripada inagatan yang kekal. Daya ingatan perlu untuk mempelajari struktur dan peraturan tatabahasa B2. Melalui ingatan, kanak-kanak menghimpunkan sejumlah data pertuturan yang bersesuaian dengan konteks situasi. Data pertuturan ini berperanan sebagai asas untuk menganalisis dan seterusnya memformulasi struktur serta peraturan B2. Semua proses tersebut menyumbang kepada induksi. Misalnya, untuk membina peraturan penggunaan do dalam ayat nafi, kanak-kanak mesti ingat ayat naïf yag tertentu.

Kanak-kanak tidak akan memperoleh ayat naïf yang betul-beul sama dengan ayat berjawapan ‘ya’ yang telah dipelajariya sebelum ini. Ayat-ayat dengan kosa kata dan struktur yang berlainan mungkin lebih banyak dipelajari oleh kanak-kanak. Ayat nafi dengan struktur yang berlainan tidak dipelajari oleh kanak-kanak pada masa yang sama, tetapi dapat diingat dan digunakan kemudian hari. Apabila perkataan, frasa, da ayat diingati seperti asalnya, maka ini dipanggil ‘penghafalan rote’. Item-item atau butir-butir asal disimpan tanpa dianalisis atau diproses. Keupayaan penghafalan rote di kalangan kanak-kanak adalah baik kerana mereka boleh menyerap data B2 yang luar biasa jumlahnya. Sewaktu berumur 5 atau 6 tahun, kanak-kanak masih menunjukkan keupayaan penghafalan rote tetapi kanak-kanak yang lebih tua tidak demikian. Penghafalan rote merosot di sekitar umur 8 tahun, kemudian merosot dengan lebih banyak lagi ketika umur 12 tahun. Nampaknya, umur kanak-kanak untuk penghafaln rote seolah-olah dikategorikan kepada  (1) kanak-kanak di bawah umur 7 tahun, dan (2) tahun kanak-kanak yang berumur di anatara 7 hingga 12 tahun. Kenapa keupayaan menghafal merosot mengikut usia? Terdapat juga mereka yang sudah berumur tetapi daya ingatannya masih baik. Bilangan yang terkecuali daripada fenomenon kemerosotan daya ingatan ini adalah sedikit. Kemerosotan daya ingatan mempunyai kaitan dengan pertumbuhan otak. Apabila usia seseroang menjangkau 50 tahun, penurunan sel korteksnya adalah sebanyak 20%; keitka berumur 75 tahun, jumlah itu meningkat kepada 40%. Hal ini dianggap normal, sejajar dengan perubahan-perubahan kimia ketajaman akal dalam otak manusia yang semakin menua.

Orang dewasa memerlukan banyak strategi, latihan, dan pendekatan B2 kerana penghafalan rote telah lemah. Dalam otak manusia normal yang semakin menua, ingatan jangka panjangnya tidak terjejas. Pengetahuannya yang luas tentang dunia kekal dalam ingatan jangka panjang. Namun, untuk mengendalikan pengetahuan pengetahuan yang baru, seperti senarai perkataan dan nama yang baru adalah tidak sempurna.

Kemahiran Motor

Sebutan yang betul mempunyai hubungan dengan keupayaan seseorang mengawal alat-alat pertuturannya. Hal ini penting dalam pembelajaran sesuatu bahasa asing. Rahang, bibir, lidah, anak tekak dan sebagainya dikawal oleh otot-otot yang puncanya berasal dari otak. Sewaktu seseorang hendak bercakap, alat pertuturannya dikawal dengan betul bertetapan dengan masa, pertuturan, terutama jika seseorang berhasrat untuk menjadi penutur B2 yang fasih. Kemahiran motor yang berkaitan dengan pertuturan patut dilatih sewaktu usia seseorang masih muda. Di sekitar umur 10 hingga 12 tahun, keupayaan memperoleh kemahiran-kemahiran motor yang baru mula merosot. Sebab kemerosotan ini masih belum diketahui. Walaupun kemerosotan ini nampak semula jadi, keadaan ini melibatkan semua bahagian tubuh akibat perubahan sel otak.

Terdapat kanak-kanak B2 yang fasih seperti penutur yang jati bahasa itu, tetapi jarang orang dewasa yang dapat mencapai tahap yang sama.

Kanak-kanak dari keluarga pendatang yang berumur lebih muda didapati memperoleh cara pengucapan B2 yang sempurna atau hampir sempurna, manakala ibu bapaya tidak begitu. Walaupun orang ynag dewasa telah menguasai aspek-aspek lain B2, dia tidak dapat memperoleh pengucapan B2 yang sempurna.

Teori Monitor

Teori Monitor diperkenalkan oleh Krashen di akhir tahun 1970-an. Teori Monitor mengutarakan tiga faktor dalaman yang beroperasi dalam minda manusia semasa manusia mempelajari B2. Filter dan Organizer merupakan alat-alat memproses bahasa yang beroperasi secara bawah sedar. Alat memproses bahasa yang beroperasi secara sedar dipanggil Monitor.

Teori Monitor mengandaikan bahawa sewaktu pelajar mempelajari B2, pelajar tidak menerima semua bahasa yang mereka dengar. Bahasa yang didengar akan ditapis berdasarkan faktor-faktor afektif seperti motif, keperluan, sikap dan keadaan emosi. Faktor-faktor ini akan mempengaruhi kadar serta kauliti pembelajaran bahasa pelajar. Dulay et al., (1982) menggunakan istilah filter untuk merujuk faktor-faktor afektif yang menapis keluar bahagian-bahagian tertentu daripada persekitaran bahasa pelajar.

Organizer merupakan bahagian minda pelajar yag mengatur bahasa yang baru. Organizer bekerja secara bawah sedar. Organizer beransur-ansur membina sistem peraturan bahasa yang baru dengan khusus dan digunakan oleh pelajar untuk menerbitkan ayat-ayat yang tidak dipelajari melalui hafalan.

Monitor pula ialah bahagian sistem dalaman pelajar yang memproses maklumat dengan secara sedar. Misalnya, apabila pelajar menghafal peraturan tatabahsa dan cuba menggunakan peraturan itu secara sedar semasa berbual. Dalam keadaan sedemikian, pelajar dikatakan sedang bergantung kepada Monitor.

Pembelajaran B2 berkesudahan dalam minda pelajar. Di sini mekanisme mental memproses dan mnyusun bahasa ynag didedahkan kepada pelajar. Hal seumpama ini menyediakan asas nuntuk kita membuat kesimpulan tentang ciri-ciri struktur mental yang tidak ketara.

Mengikut Dulay et al., (1982), filter ialah rintangan utama yang perlu dilalui oleh bahasa yang mendatang. Filter menapis semua bahasa yang mendatang berdasarkan faktor-faktor afektif seperti motif, sikap, dan keadaan emosi pelajar.

Motivasi dikatakan turut bertindak manapis keluar dari minda pelajar bahagian-bahagian bahasa difikirkan tidak penting. Tiga jenis motivasi dikatakan mempengaruhi pembelajaran bahasa kedua pelajar. Motivasi-motivasi itu ialah motivasi integratif, motivasi instrumental,dan motivasi pengiktirafan kumpulan sosial. Motivasi integratif merupakan kemahuan untuk menyertai hidup masyarakat yang menuturkan bahasa yang dipelajari oleh seseorang. Motivasi instrumental merrupakan kemahuan untuk mendapatkan pekerjaan. Motivasi pengiktirafan kumpulan sosial merupakan kemahuan memperolehi kemahiran bahasa yang dituturkan oleh kumpulan sosial yang diiktiraf oleh pelajar.

Keadaan emosi pelajar juga merupakan sebahagian daripada filter. Semakin kurang keseimbangan pelajar, semakin baiklah kesinambungan pemerolehan bahasanya. Filter berfungsi dengan menentukan perkara-perkara yang berikut:

  1. Model-model bahasa sasaran yang dipilih oleh pelajar
  2. Bahagian-bahagian bahasa yang baru yang patut diberi perhatian terlebih dahulu
  3. Bila usaha-usaha pemerolehan B2 berhenti
  4. Berapa pantas seseorang pelajar boleh memperolehi sesuatu bahasa.

Organizer yang bertindak secara bawah sedar memproses data yang dimasukkan oleh filter. Organizer dikatakan bertanggungjawab mengatur sistem bahasa baru seseorang pelajar secara beansur-ansur. Perjalanan fungsi Organizer tergambar dalam tiga aspek perlakuan lisan pelajar. Aspek pertama tergambar melalui beberapa siri peralihan susunan dan hubungan kata-kata dalam ayat atau rangkaian yang digunakan sebelum sesuatu struktur B2 diperolehi.

Contohnya:

Me no close the door (I am not going to close the door).

Aspek kedua tergambar melalui kesalahan-kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh pelajar.

Contohnya

I went to the chiquita house (I went to the little house).

Aspek ketiga melalui kelaziman pelajar bahasa kedua memperolehi susunan struktur-struktur bahasa yang baru.

Contohnya:

I went to school for a …apa persatuan lukisan and balik to main badminton.

Monitor dikatakan bertindak memproses bentuk-bentuk linguistik secara sedar. Pelajar bahasa boleh menggunakan pengetahuan linguistik yang diperolehi daripada monitor dengan secara sedar untuk menghuraikan ayat-ayat dan untuk membetulkan atau menyunting pertuturan dan penulisannya. Setakat mana monitor digunakan bergantung kepada beberapa faktor ,iaitu:

  1. Umur pelajar atau tahap perkembangan kognitifnya.

Pengawalan bahasa lebih mudah dilakukan apabila pelajar telah sampai ke tahap operasi-operasi formal, yakni pelajar telah dapat menghubungkan bahasa yang abstrak dengan idea yang hendak disampaikannya.

  1. Bahasa lisan yang rumit telah dapat dikuasai.

Tugas seperti ini memerlukan pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bentuk-bentuk linguistic. Dalam keadaan ini, monitor memainkan peranan yang penting.

  1. Personaliti pelajar

Pelajar yang merasa tidak selamat, rendah diri, dan takut membuat kesalahan bahasa lebih cenderung menggunakan monitor daripada pelajar lain.

Sistem bahasa antara

Selinker (1969) menggunakan istilah interlanguage (seterusnya bahasa antara) untuk menerangkan peringkat peralihan bahasa, iaitu dari bahasa pertama ke bahasa kedua. Bahasa antara bersifat sementara, sentiasa berubah-ubah, dan dibentuk oleh pelajar-pelajar B2 semasa menuju kea rah penguasaan bahasa sasaran.

Istilah ‘bahasa antara’ membawa dua makna. Makna yang pertama ialah sistem tatabahasa pelajar di satu tahap dalam satu masa (lihat rajah dua).

Rajah 2: Tahap-tahap Bahasa Antara

Di tahap Basilect/Prasistematik, pelajar belum menghayati sistem B2. Kesalahan bahasa dilakukan secara rambang. Kadangkala pelajar menghasilkan struktur bahasa yang betul tetapi pelajar tidak dapat menerangkan sebab dia menggunakan sesuatu struktur bahasa atau membetulkan kesalahannya.

Di tahap Mesolect/Sistematik, kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar adalah tetap. Pelajar telah mempelajari sistem peraturan bahasa kedua tetapi belum menguasai bahasa tersebut. Apabila disuruh membetulkan kesalahan bahasa, pelajar tidak dapat melakukannya tetapi sedikit sebanyak dapat menerangkan mengapa dia menggunakan peraturan-peraturan tersebut.

Di tahap Acrolect/Pasca Sistematik, pelajar telah dapat menghasilkan bentuk-bentuk bahasa yang betul tetapi masih tidak mampan. Pelajar telah menghayati peraturan-peraturan tatabahasa B2 tetapi kadangkala membuat kesalahan kerana kurang prihatin atau terlupa. Apabila disuruh membetulkan kesalahan bahasanya, pelajar sedikit sebanyak dapat berbuat demikian dan dapat menerangkan peraturan tatabahasa yang digunakannya.

Makna istilah ‘bahasa antara’ yang kedua ialah barisan sistem tatabahasa yang kunci-mengunci antara satu dengan lain sebagai tanda perkembangan bahasa pelajar yang telah melewati batas waktu. Misalnya, fosilisasi. Fosilisasi merupakan satu keadaan yang wujud apabila pelajar berhenti menghuraikan bahasa antara meskipun terdapat pendedahan bahasa yang cukup, data yang baru atau pengajaran yang baru. Terdapat tiga jenis fosilisasi yang sering dilakukan oleh pelajar B2, iaitu nafian, simplifikasi, dan generalisasi berlebihan. Nafian biasanya melibatkan ayat yang diringkaskan dengan menggunakan kata nafi.

Contohnya:

  1. Dalam tapi sikarang tiada lagi.

(Luka itu dalam tapi sekarang parutnya telah hilang)

  1. Tida takut linta

(Saya tidak takut lintah)

  1. Tida siap karja ruma

(Saya didenda kerana tidak menyiapkan kerja rumah)

  1. Tida sekola, tida kering

(Saya tidak pergi ke sekolah kerana baju saya tidak kering)

  1. Tida cakap, pandang saja

(Dia tidak bercakap, Cuma memandang saja)

Simplifikasi merupakan perihal memudahkan tugas berbahasa. Unsur-unsur B2 dikurangkan yang berdasarkan dengan penggunaan struktur linguistik yang lebih mudah daripada apa yang sepatutnya dianggap sebagai norma B2.

Contohnya:

  1. Parna sasat dalam hutan.

(saya pernah tersesat dalam hutan)

  1. Mungkin tul kunun.

(Mungkin begitulah konon)

  1. Lima stanga balik jam tuju.

(Kami bertolak pada pukul lima setengah pagi dan balik puku tujuh malam)

  1. Mimpi Ani jatu dari bukit.

(Saya bermimpi si Ani jatuh dari puncak bukit)

  1. Di jalam simpang tu kan nini Abai

(Nenek Abai tinggal di persimpangan jalan itu)

Generalisasi Berlebihan merupakan penggunaan peraturan linguistik yang melampaui kelaziman domain peraturan linguistik sesuatu B2.

Contohnya:

  1. Sana sajala ti carita dia.

(Demikianlah kesudahan cerita itu)

  1. Dia dakat talanggar karita la.

(Dia nyaris-nyaris dilanggar kereta)

  1. Saya jatu naik basikal.

(Saya jatuh dari basikal)

  1. Dia talah manjadi saurang yang sadang bartani.

(Dia telah menjadi petani)

  1. Dia cepat tersentu begitu.

Ciri Bahasa Manusia

Berapakah ciri bahasa yang patut dipertimbangkan? Duan? Sepuluh? Seratus? Ciri bahasa yang dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji bahasa berubah-ubah mengikut masa. Sanarai ciri bahasa yang terpanjang mengandungi enam belas ciri (Hockett dan Altmann, 1968). Kebanyakan orang yang mempertimbangkan sepuluh ciri bahasa yang dianggap bersifat semula jadi iaitu penggunaan saluran auditor-pertuturan, arbitari, mempunyai makna sebagai pancaran budaya, penggunaan yang spontan, mengikut giliran, duaan, pemindahan maklumat, bergantung pada struktur, dan terdapat unsur kreativiti. Beberapa ciri ini bersifat umum dan berlaku juga dalam alam haiwan. Yang lain khusus untuk bahasa manusia.

  1. Penggunaan saluran auditori-pertuturan

Penggunaan saluran auditori-pertuturan merupakan ciri bahasa manusia yang paling jelas. Bunyi-bunyi dibentuk dengan menggunakan alat-alat pertuturan dan mekanisme pendengaran menerima bunyi-bunyi tersebut. Ciri ini bukanlah sesuatu yang unik bagi manusia. Kaedah ini tidak begitu mustahak bagi manusia kerana bahasa boleh juga dipindahkan melalui simbol-simbol visual (seperti bahasa isyarat atau tulisan) dan simbol-simbol deria sentuh (seperti Braille). Pesakit-pesakit yang telah dibuang anak tekak dan berkomunikasi melalui tulisan masih ada keupayaan berbahasa. Cuma ciri ini sedikit digunakan dalam usaha untuk membezakan komunikasi haiwan daripada  manusia.

  1. Arbitrari

Arbitrari bermaksud manusia mnggunakan simbol-simbol bahasa yang neutral. Sebagai contoh, tiada kaitan antara perkataan DOG dengan binatang yang bersimbol empat kaki. Binatang itu boleh juga dipanggil UN CHIIEN (Perancis), EIN HIUND (Jerman), atau CANIS (Latin).

  1. Mempunyai makna

Ciri yang ketiga ini ada kaitan dengan keupayaan berbahasa dengan menggunakan simbol-simbol sebagai alat untuk merujuk sesuatu objek atau tindakan. Bagi manusia, KERUSI bermakna perkakas yang aneh, terbina daripada empat kaki dan kita duduk di atasnya. Manusia boleh membuat generalisasi dengan menggunakan nama ini kepada semua jenis kerusi, bukan terhad untuk sejenis kerusi sahaja. Kebermaknaan digunakn untuk tindakan dan objek. Sbagai contoh, untuk MELOMPAT ‘bermakna’ tindakan melonjak ke udara.

  1. Pancaran budaya atau tradisi

Manusia menurunkan bahawa mereka daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Peranan yang dimainkan oleh haiwan dalam hal ini tidak jelas dan berbeza daripada satu haiwan dengan haiwan yang lain- bahka n berbeza di kalangan spesies yang sama.

Ciri kelima dan keenam mempunyai unsur sosial, iaitu hubungan bahasa dengan cara bahasa itu digunakan.

  1. Penggunaan secara spontan

Manusia bertutur dengan bebas. Dalam kebanyakan Pertuturan tidak dipaksa-paksa seperti haiwan akan berdiri menggunakan kaki belalang jika makanan diacuh-acuh di atas hidungnya.

  1. Mengikut giliran

Manusia mengambil giliran untuk bercakap. Dalam kebanyakan perbualan, kita tidak bercakap semasa orang lain bercakap, kita juga tidak akan bersaing dengan mereka. Kita menunggu giliran kita dengan cara sopan, seperti yang ditunjukkan dalam perbualan yang berikut:

‘Saya akan menang!’ Adik berkata

‘Saya akan menang!’ Kata Ani

‘Saya akan menang! Saya akan menang!’

Seperti yang dapat kita lihat, Ani dan Adik mempunyai idea tentang apa yang hendak dikatakan kepada satu sama lain. Walau bagaimanapun, mereka tahu mereka harus menunggu giliran untuk bercakap. Mengikut giliran bermula pada peringkat umur yang paling awal. Bayi akan membebel selepas melihat ibunya berhenti bergerak. Namun ciri ini bukan terdapat pada manusia semata-mata.  Burung kadang-kadang bersiul secara berpasangan. Seekor burung bersiul beberapa seketika, kemudian berhenti dan yang lain pula akan bersiul nyanyian yang sama. Fenomenon ini disebut nyanyian antiphonal.

  1. Duaan atau artikulasi berganda

Bahasa disusun secara ‘berlapis’: unit bunyi asa pertuturan seperti C, A , T, lazimnya tidak membawa sebarang ,makna. Unit bunyi asas menjadi bila digabungkan membentuk susunan seperti CAT. Ciri ini kadang-kadang dikatakan unik untuk manusia. Tetapi sebenarnya tidak sedemikian. Duaan juga berlaku dalam nyanyian burung. Setiap nota tidak mendukung sebarang makna. Kombinasi notalah yang membentuk mesej yang bermakna. Jadi, sekali lagi kita tidak dapat menemui perbezaan yang ketara bagi ciri duaan antara manusia dengan haiwan.

  1. Pemindahan Maklumat

Keupayaan merujuk objek atau hal yang berpindah masa dan tempat. Manusia bercakap tentang hal seperti ‘Makcik Marida yang tinggal di Sabah tertinggal kain telekungnya di sini minggu lepas’.

  1. Bergantung pada struktur

Manusia bukan hanya menggunakan pengiktirafan yang mudah atau mengira teknik sewaktu bercakap. Dengan secara automatik manusia mengenali pola semula jadi bahasa, kemudian memanipulasikan ‘pancangan struktur’ dala perbualan seharian. Sebagai contoh, manusia faham bahawa serangkai perkataan kadang-kadang boleh menjadi satu struktur.

DIA

LELAKI YANG MEMAKAI               MEMBELIKAN

SONGKOK ITU

Pancangan ini boleh disusun mengikut peraturan yag tertentu:

IKAN + DIBELI + OLEH LELAKI YANG MEMAKAI SONGKOK ITU

  1. Kreativiti

Terdapat satu ciri yang penting, yang unik pada manusia, iaitu keupayaan menghasil dan memahami ujaran yang tidak terbatas jumlahnya. Ciri bahasa yang seperti ini mempunyai banyak nama. Chomsky menamakannya kreativiti. Yang lain memanggilnya keterbukaan atau produktiviti. Manusia boleh bercakap tentang apa sahaja yang disukai tanpa sebarang masalah kepada diri sendiri atau si pendengar. Manusia boleh bercakap tentang apa yang mereka mahu dan bila mereka mahu. Jika berlaku guruh mereka tidak mengucapkan satu frasa sahaja, ‘Ada guruh, cari tempat berlindung’. Mereka boleh juga berkata ‘Cantiknya petir itu’ atau ‘Lebih baik bawa sidaian masuk ke rumah ‘ atau ‘Mengikut legenda Cina, dua ekor naga sedang bergeselan’.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: