Posted by: vister | February 27, 2011

TUGASAN BBM 3205 PENGANTAR PSIKOLINGUISTIK

Pelajar sekelian. Bersama-sama ini saya sertakan panduan bagi menghasilkan tugasan BBM 3205.

Soalan: Huraikan faktor-faktor yang merangsang pemerolehan bahasa pertama Victor dan Helen.

 

 

Format Jawapan:

1. Pengenalan- (ringkas sahaja)

2. Kes Victor

  • Faktor persekitaraan
  • Faktor Sosial
  • Faktor Psikologi
  • Faktor pendedahan bahasa
  • Faktor motivasi.

3.Kes Helen

  • Faktor persekitaraan
  • Faktor sosial
  • Faktor psikologi
  • Faktor pendedahan bahasa
  • Faktor motivasi.

4.Penutup (ringkas)

* Pastikan riwayat kedua-dua kes tidak dipaparkan dalam perbincangan/penulisan.

Posted by: vister | February 27, 2011

Relak….. jangan lupa saya

Posted by: vister | February 27, 2011

Kata Majmuk-Panduan Pelajar

Terdapat 15  kata majmuk yang   dianggap mantap.   Lima belas bentuk tersebut adalah seperti yang berikut:

antarabangsa, suruhanjaya, kerjasama,bumiputera, tanggungjawab, matahari,kakitangan, pesuruhjaya, sukarela, olahraga, beritahu, tandatangan,setiausaha, jawatankuasa dan warganegara.

Bagaimana menggunakan kata majuk dengan betul?

Bagi kata majmuk yang dieja terpisah, dan mengalami penggandaan, hanya perkataan awal sahaja  diulang, misalnya guru-guru besar, alat-alat tulis, dan Ketua-ketua Pengarah. Bagi kata majmuk yang dieja bercantum pula, keseluruhan kata diulang, misalnya bumiputera-bumiputera,  pesuruhjaya-pesuruhjaya dan setiausaha-setiausaha. Jangan lupa!!!!

Posted by: vister | February 27, 2011

Pelajar BABM Sem 7 2011

Gambar ini diambil semasa tutorial dijalankan. Betul ke ni? Mereka ini semuanya rajin-rajin belaka. Dalam setiap tutorial yang dijalankan, mereka mengambil bahagian yang aktif. Banyak soalan ditanya. Pening juga tutor dibuatnya. Selamat maju jaya.

Posted by: vister | September 2, 2010

Contoh Jawapan Tugasan BBM3205

Tajuk Tugasan BBM3205

Soalan 1

Antara 4 peringkat Pemerolehan B1, peringkat yang manakah paling kritikal, Kenapa?

Panduan Menjawab:

Definisi Konsep?

Apakah yang dimaksudkan dengan  “tempoh kritikal”- kelenturan otak untuk belajar bahasa semakin berkurangan setelah akil baligh. Klein (1986) menjelaskan bahawa sesudah usia baligh (12-14 tahun) sedikit atau tidak ada kemajuan yang menonjol dalam pemerolehan B1.

-Pada  waktu baligh  kanak-kanak dikatakan berupaya menggunakan bahas dengan lancer tetapi masih masalah penggunaan bahasa tetap ada (cth. Mungkin masih banyak struktur bahasa belum dikuasai khususnya struktur bahasa yang tidak /jarang digunakan dalam komunikasi harian kanak-kanak.

Berdasarkan Pandangan Lenneberg (1967)

-semasa umur  antara 2 tahun dengan akal baligh- otak manusia masih dalam keadaan  yang sangat lentur. (memudahkan pemerolehan B1). Selepas tempoh akal baligh, lateralisasi berlaku ( pemerolehan bahasa yang semula jadi terhalang oleh pematangan fungsi-fungsi otak  iaitu fungsi verbal menjadi mantap di bahagian otak sebelah kiri).

Lateralisasi ditentukan oleh proses Tempoh Kritikal (pemerolehan B1 secara semula jadi akan berkurangan dan akhirnya akan berhenti.

Berdasarkan pandangan ini,  peringkat Pemerolehan B1 yang paling kritikal ialah: peringkat umur baligh (antara  2 tahun hingga baligh /12@14 tahun) =PERKEMBANGAN AYAT KOMPLEKS

Pandangan lain/kontra:-

Pandangan Krashen- berdasarkan penelitian dalam bidang Neurolinguistik bahawa Lateralisasi sudah selesai apabila kanak-kanak berumur  5 tahun. Namun, ini tidak bererti kemampuan untuk belajar bahasa akan berkurangan.

Bacaan tambahan:  http://www.tsuyama-ct.ac.jp/kats/papers/kn7/kn7.htm

Soalan 2

Pelajar anda terdiri daripada pelajar B2 bahasa Malaysia. Keputusan ujian menunjukkan min kumpulan A = 81, kumpulan B = 50, kumpulan C =25, dan kumpulan D = 91. Nyatakan tahap bahasa antara setiap kumpulan  dan lukis carta turus yang bersesuaian.

Panduan Menjawab:

basilek, mesolek, akrolek, kefasihan penutur jati.

Lukis Diagram/Rajah di sini.

Kumpulan A dan kumpulan B:- Melepasi peringkat basilek. Berada adalam peringkat Mesolek.

Kumpulan D :-berada dalam peringkat akrolek.

Kumpulan C :- berada dalam peringkat basilek.

Berdasarkan  keputusan ujian, secara amnya, Kefasihan penutur jati adalah baik kerana majority pencapaian adalah dalam lingkungan peringkat mesolek dengan peringkat akrolek.

Posted by: vister | September 2, 2010

Tajuk Tugasan BBM3205

Semua Pelajar yang mengambil BBM3205.

Saya telah menghubungi Dr Aina tentang tugasan BBM3205. Sila sediakan tugasan berdasarkan tajuk yang berikut (terdapat dalam folder “nota”/bukan dalam folder “tugasan”).

Tajuk Tugasan (Rujuk Modul BBM3205 Unit 2 Teori dan Peringkat  Pemerolehan Bahasa)

Semua Soalan Perlu dijawab oleh pelajar.

Soalan 1

Antara 4 peringkat Pemerolehan B1, peringkat yang manakah paling kritikal, Kenapa?

Panduan Menjawab:

Vokalisasi, pertuturan satu kata, pertuturan dua dan tiga kata, perkembangan ayat-ayat kompleks

Soalan 2

Pelajar anda terdiri daripada pelajar B2 bahasa Malaysia. Keputusan ujian menunjukkan min kumpulan A = 81, kumpulan B = 50, kumpulan C =25, dan kumpulan D = 91. Nyatakan tahap bahasa antara setiap kumpulan  dan lukis carta turus yang bersesuaian.

Panduan Menjawab:

basilek, mesolek, akrolek, kefasihan penutur jati.

Sila maklum.


Posted by: vister | July 16, 2010

Video-Pemerolehan Bahasa

Pelajar BABM. Main video ini untuk memahami tajuk “pemerolehan bahasa ” dengan lebih baik.

Posted by: vister | July 16, 2010

Bahan Bacaan Tambahan-Sumber Internet

Noam Chomsky

Sebagai wujud dari reaksi keras atas behaviorisme pada akhir era 1950-an, Chomsky yang merupakan seorang nativis menyerang teori Skinner yang menyatakan bahwa pemerolehan bahasa itu bersifat nurture atau dipengaruhi oleh lingkungan. Chomsky berpendapat bahwa pemerolehan bahasa itu berdasarkan pada nature karena menurutnya ketika anak dilahirkan ia telah dengan dibekali dengan sebuah alat tertentu yang membuatnya mampu memelajari suatu bahasa. Alat tersebut disebut dengan Piranti Pemerolehan Bahasa (language acquisition device/LAD) yang bersifat universal yang dibuktikan oleh adanya kesamaan pada anak-anak dalam proses pemerolehan bahasa mereka (Dardjowidjojo, 2003:235-236).

Skinner dipandang terlalu menyederhanakan masalah ketika ia menyama-ratakan proses pemerolehan pengetahuan manusia dengan proses pemerolehan pengetahuan binatang, yaitu tikus dan burung dara yang digunakan sebagai subyek dalam eksperimennya, karena menurut pendekatan nativis, bahasa bagi manusia merupakan fenomena sosial dan bukti keberadaan manusia (Pateda, 1991:102). Selain itu ada pula alasan lain mengapa pendekatan nativis merasa tidak setuju terhadap teori Skinner. Alasan tersebut berhubungan dengan bahasa itu sendiri, yaitu menurut para nativis bahasa merupakan sesuatu yang hanya dimiliki manusia sebab bahasa merupakan sistem yang memiliki peraturan tertentu, kreatif dan tergantung pada struktur (Dardjowidjojo, 2003:236). Masih dalam kaitannya dengan bahasa, karena tingkat kerumitan bahasa pula, maka kaum nativis berpendapat bahasa merupakan suatu aktivitas mental dan sebaiknya tidak dianggap sebagai aktivitas fisik, inilah sebabnya mengapa pendekatan nativis disebut juga dengan pendekatan mentalistik .

(Bahan-Bahasa Indonesia- Jangan keliru ya Bapak-bapak, Ibu-ibu BABM Sem.7)

Posted by: vister | July 16, 2010

Kesalahan Lazim -BM

1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan di
a) salah – disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara
– di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
b) betul – di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara
– diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan

2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke
a) salah – keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
b) betul – ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih

3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
a) dari – rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari
– dari belakang, dari Perak, dari semalam
b) daripada – punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
– sumber atau asal kejadian sesuatu benda
– perbezaan dan perbandingan
– daripada guru besar, daripada getah, daripada markah

4 Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)
a) salah – semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b) betul – semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

Posted by: vister | July 16, 2010

Tajuk Latihan Pra Peperiksaan

Salam dan selamat malam.

Semua pelajar yang diingati. Saya berkesempatan membaca sedikit bahan di internet. Sila baca dan mungkin

dapat  membantu. Jangan lupa belajar. JUMPA TUTORIAL 3. Sedia ulangkaji/baca modul:

1.BBM3411 -Unit 1 hingga Unit 4

2.BBM3205- Unit 1 hingga Unit 2

http://guru-umarbakri.blogspot.com/2009/07/kajian-bahasa_15.html

Older Posts »

Categories