Posted by: memanda | February 22, 2009

BBM3205

Soalan 1

Antara 5 peringkat Pemerolehan B1 yang telah dinyatakan, peringkat manakah yang paling kritikal, kenapa?

Skema jawapan:

  1. Nyatakan secara ringkat 5 peringkat pemerolehan B1 (sertakan ciri/pemerolehan dalam setiap peringkat.
  2. Nyatakan peringkat manakah yang paling kritikal mengikut pandangan pelajar.
  3. Nyatakan sebab pemilihan dibuat.
  4. Pandangan/penemuan yang dibaca dari buku lain juga boleh dijadikan sandaran bagi mengukuhkan lagi pandangan pelajar.

Soalan 2:

Pelajar-pelajar anda terdiri daripada pelajar-pelajar yang belajar bahasa Melayu sebagai B2. Anda ingin memastikan tahap sistem bahasa antara pelajar-pelajar anda. Bagi tujuan tersebut, anda telah menjalankan satu ujian. Daripada ujian tersebut, anda telah memperoleh min untuk Kumpulan A=81.43, min Kumpulan B=50.20 dan min Kumpulan C=25.50. Nyatakan tahap-tahap bahasa antara pelajar mengikut kumpulan.

Skema jawapan:

  • Tentukan tahap bahasa antara berpandukan maklumat yang terdapat dalam rajah 2: Tahap-tahap Bahasa Antara (dalam modul m/s 45-46).
  • Nyatakan di mana kedudukan kumpulan-kumpulan ini (sama ada pada tahap Acrolect, Mesolect atau Basilect.
  • Rumuskan tahap yang mana paling dominan/membei gambaran akan tahap sistem bahasa antara pelajar anda.

Soalan 3:

Lukis carta turus tahap bahasa antara Kumpulan A, B dan C.

Skema jawapan:

  • Lukiskan carta turus seperti pada rajah 2 (m.s 45-46 dalam modul BBM3205).
  • Lukiskan dua Paksi (X= untuk Tahap bahasa antara dan Y=Kumpulan pelajar (A,B,C)
  • Tentukan di mana letaknya kedudukan berdasarkan min ujian setiap kumpulan.

Jangan lupa: TARIKH HANTAR TUGASAN : JUMAAT MINGGU KE-12.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: