Posted by: vister | August 12, 2009

Bahan PP BBM3205

Hi, semua pelajar BABM semester 7. Baca dengan baik-baik bahan ini dan rujuk modul untuk isi /penjelasan yang lebih terperinci. Good luck.

BBM 3205: Psikolinguistik

1.Peringkat pemerolehan bahasa yang  melibatkan peringkat  vokalisasi, pertuturan satu kata, pertuturan dua dan tiga kata, dan perkembangan ayat-ayat kompleks ialah …………………….

a) Peringkat bebelan                            b).Peringkat linguistik ( √ )

c)      Peringkat Psikolinguistik                d)Peringkat  telegrafik

2.Yang berikut menggambarkan pemerolehan bahasa  peringkat vokalisasi KECUALI..

a)     Di peringkat ini murid belum pandai bercakap tetapi mengeluarkan berbagai-bagai bunyi melalui mulutnya.

b)     Penghasilan bunyi membolehkan bayi melatih dan mengawal alat-alat artikulasi.

c) Bayi yang cacat (pekak) tidak menghasilkan bunyi yang sama seperti murid yang normal. ( √ )

d)     Bayi yang pekak tidak meneruskan perkembangan bahasanya ke peringkat membebel.

3.Bebelan merujuk kepada kenyataan yang berikut KECUALI

a)     Murid menangis, menguku (burung), merobok (bunyi air keluar dari botol), menghembus dan meludah.

b)     Sejenis vokalisasi yang melibatkan penggunaan bunyi-bunyi  bahasa seperti suku kata vokal dan konsonan.

c)      Ketikan berumur 10 hingga 11 tahun,bayi akan sering membebel dengan “ayat pura-pura” yang bukan kata (pseudo non-words “sentence”).

d) Bayi memperoleh pola-pola intonasi bahasanya seperti pola intonasi ayat penyata,pertanyaan dan seruan . ( √ )

4.Secara purata kanak-kanak menyebut kata pertama di sekitar berumur……

a)     18 bulan

b)     4 bulan

c) 10 bulan. ( √ )

d)     1 tahun

5. Tandakan ( √ ) yang benar tentang peringkat pertuturan telegrafik ?

a. Purata berlaku pada sekitar umur 1 tahun  6 bulan (  )

b. Kanak-kanak mula menggunakan kata nafi  pada peringkat ini (  χ )

c. Pertuturan digunakan untuk melahirkan idea seperti kuantiti, milik dan lokasi ( )

d. Kanak-kanak menggunakan kata inti yang pendek-pendek seperti kata nama

untuk meminta, memberi ,menjawab dan memberitahu (  ).

6. Tandakan ( √ ) yang benar tentang peringkat  perkembangan ayat Kompleks

a. Kanak-kanak mula menggunakan kata nafi dan soalan dengan struktur ayat yang

lebih kompleks ( ).

b. Kanak-kanak memperoleh kata nafi ketika berumur antara  1 tahun 6 bulan

dan 2 tahun 6 bulan (  )

c. Kanak-kanak memperoleh semua struktur bahasa pertamanya sekitar usia

2 tahun 6 bulan (χ ).

d. Ketika umur 4 atau 5 tahun kanak-kanak telah dapat menghasilkan struktur ayat

yang berguna dalam bahasanya ( ).
7.Serebrum  iaitu bahagian atas otak terbahagi dua, setiap satu dikenali sebagai

a. Hemisfera kiri b. Hemisfera kanan

8. Apakah fungsi hemisfera kiri?

Bertugas mengawal bahasa, operasi –operasi logik, analatik dan matematik

9.Apakah fungsi hemisfera kanan?

Bertugas mengawal emosi, mengecam muka dan mengenali struktur benda

10.Apakah yang dimaksudkan dengan fenomena ”dominasi hemisfera”? Merujuk        kepada fenomenon bilamana satu hemisfera mengawal satu tugas yang utama.

11. Lateralisasi  bermaksud   perbezaan struktur dan fungsi hemisfera.

12.Apakah ujian atau kaedah mencari hemisfera yang mengawal bahasa – Ujian mendengar secara dikotik.

13. Andaian tentang lokalisasi telah diperkenalkan oleh Gall. Huraikan dengan ringkas

pandangan Gall ini?

Gall berpandangan bahawa manusia mempunyai keupayaan yang  berlainan dan berbeza-beza dikaitkan dengan bahagian-bahagian tertentu otak. Bahasa terletak di bahagian depan otak kerana pelajar yang pandai mempunyai mata yang menonjol keluar.

14.Orang yang menamakan fakulti bahasa- Franz Joseph Gall.

15. Nyatakan fungsi  bahagian yang berikut dengan ringkas.

a. Fungsi medula –Dikaitkan dengan fungsi- fungsi fizikal seperti pernafasan, degup jantung, pemindahan dan kodinasi pergerakan, tindak balas di luar kawalan penghadaman dan emosi.

b. Fungsi talamus – Dikaitkan dengan pertuturan dan bahasa,Jika talamus terjejas akan berlaku pengulangan kata yang tidak disengajakan dan kesukaran untuk nemanakan objek.

c. Fungsi pons – Dikaitkan dengan refleksi

15.Huraikan maksud yang berikut dan nyatakan fungsinya.
a. Cuping frontal– Daerah-daerah bahasa du hemisfera kiri (Broca). Merupakan satu bahagian yang terdapat pada setiap hemisfera. Fungsi kognisi berlaku di cuping ini.
b. Cuping parietal– Fungsi deria somastetik seperti di tangan, kaki dan muka berlaku di cuping ini.
c. Cuping oksipital-Fungsi penglihatan berlaku di cuping ini.
16. Kawalan bersilang merujuk kepada apa? Cara hemisfera mengawal badan sebagai contohnya, hemisfera kanan mengawal badan sebelah kiri.

17. Kebanyakan orang menerima bunyi pertuturan melalui telinga kanan.

Huraikan dengan ringkas fenomena ini?

Kenyataan ini dibuat berdasarkan beberapa eksperimen iaitu apabila bunyi-bunyi pertuturan disalurkan serentak ke telinga kanan dan telinga kiri, subjek kajian yang mendengar-bunyi-bunyi pertuturan melalui telinga kanan adalah lebih ramai.

18.Huraikan dengan ringkas .
a. Afasia konduksi
Penyakit yang dihadapi apabila seseorang itu mempunyai  pemahaman pertuturan yang agak baik tetapi kebolehan untuk mengulang  perkataan-perkataan adalah lemah. Pesakit menggantikan bunyi yang hampir sama dengan bunyi perkataan yang sebenar.

b. Afasia anomik- Masalah untuk mencari perkataan yang bertepatan dengan pertuturan spontan, walaupun pemahaman bahasa dan pengulangan kata adalah baik. Contohnya, kesukaran mencari nama yang betul untuk sesuatu objek.
c. Agraphia- Kategori dyslexia yang menyebabkan kekacauan menulis.
d. Arkuat fassikulus- Tisu yang  menyambung Daerah Broca (cuping frontal) dengan daerah wernicke (cuping temporal).

—–TAMAT——-


Responses

  1. Thank You!

  2. nanti bagi jawapan untuk final exam pulak… tq.

  3. terima kasih.. harap boleh berkongsi bahan kuliah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: