Posted by: vister | August 28, 2009

Selamat Berpuasa

Hai semua pelajar  Islam BABM (7) Pusat Pembelajaran Sibu.

Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadan al-Mubarak ini. Semoga amalan kelian diterima dan dilimpahi rahmat.

Bersama-sama ini saya sertakan bahan simulasi  (BERKUALITI) yang saya dapat dari blog seorang guru cemerlang di Semenanjung Malaysia.  Saya dapati panduan ini amat berguna untuk BBM3411 secara amnya.  Sila baca dan fahami.

Bagaimana kita  menentukan penggunaan  ‘mem” dan “mem + kan” dalam penulisan kita?

Menurut penulis, ada 3 cara;

1. Menentukan penggunaannya yang tepat adalah dari segi makna, iaitu penanda `kan’ yang bermaksud benefaktif. Penanda `-kan’ dalam perkataan `membelikan’, `membuatkan’, `menjahitkan’, dan sebagainya bermaksud benefaktif, iaitu melakukan pekerjaan untuk orang lain seperti `membelikan ibu’, `membuatkan ayah’, `menjahitkan adik’.

2. Cara yang kedua ialah kita menggunakan petua, iaitu objek bernyawa dan objek tidak bernyawa. Namun demikian, petua yang kita gunakan ini kadangkalanya tidak menepati semua keadaaan.

3. Cara yang ketiga ialah kita menggunakan rumus seperti yang berikut:

Membelikan(siapa)(apa)
Membeli (apa) untuk (siapa)

Menjahitkan(siapa)(apa)
Menjahit (apa) untuk (siapa)

membuatkan (siapa) (apa)
membuat (apa) untuk (siapa)

sekian,

(doa) Al-Fatihah.Moga Allah SWT memberkati penulis yang cemerlang ini. Insyallah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: