Posted by: vister | July 16, 2010

Kesalahan Lazim -BM

1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan di
a) salah – disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara
– di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
b) betul – di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara
– diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan

2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke
a) salah – keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
b) betul – ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih

3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
a) dari – rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari
– dari belakang, dari Perak, dari semalam
b) daripada – punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
– sumber atau asal kejadian sesuatu benda
– perbezaan dan perbandingan
– daripada guru besar, daripada getah, daripada markah

4 Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)
a) salah – semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b) betul – semua guru, segala alat, kebanyakan ahli


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: